Apakah itu vitamin???


Vitamin adalah bahan-bahan organik yang boleh didapati dalam makanan, dan ia membantu mengawal reaksi biokimia dalam badan kita. Setakat ini, ahli sains telah menjumpai 13 jenis bahan organik ini, di mana setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri dan dinamakan mengikut abjad. Apabila struktur kimianya telah dikenalpasti, vitamin-vitamin ini kemudian diberi nama seperti Vitamin A – retinal dan Vitamin C – asid askorbik. 



Vitamin-vitamin ini dibahagikan kepada: 
1. Kumpulan yang pertama - vitamin yang larut dalam air seperti Vitamin B dan C. Vitamin-vitamin ini larut dalam air dan dikeluarkan daripada badan melalui air kencing. Oleh itu, vitamin ini perlu diambil setiap hari. 

2. Kumpulan yang kedua - vitamin-vitamin yang larut dalam lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Vitamin-vitamin ini larut dalam lemak dan oleh itu ia boleh disimpan dalam badan bagi jangka masa yang panjang. 

Kekurangan vitamin dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan dan penyakit yang serius. Untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan, kita haruslah mengekalkan pemakanan yang sihat dan seimbang dengan memakan pelbagai jenis makanan berkhasiat yang dapat membekalkan badan kita dengan cukup vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan. Vitamin tambahan tidak harus dijadikan pengganti bagi makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. 

Walau bagaimanapun, mungkin ada di antara kita yang melalui waktu yang sukar dan tertekan dalam hidup mereka atau mungkin menghadapi masalah kekurang vitamin dan memerlukan sedikit bantuan untuk mendapatkan jumlah vitamin yang mencukupi. Dalam hal ini, pemakanan tambahan adalah digalakkan. Pengambilan vitamin yang berlebihan juga boleh mengakibatkan keracunan. 

Oleh itu, silalah minta nasihat doktor jika anda tidak pasti sama ada anda mengalami kekurangan vitamin atau tidak.


Sumber: SINI


DAPATKAN HARGA TERBAIK DI SINI


LIKE FB PAGE: Vita Product
Call/SMS: 0184640272 [Niq As]
SHAKLEE ID: 997251
INSTAGRAM: Vita Product

No comments:

Post a Comment